Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Indahnya Hidup Tanpa Derita

Assalamualaikum **Semua gambar di google  sebab cable phone tak de,  card reader pun baru je rosak..adesss" Apa khabar korang hari ni.. 2, 3 hari ni Cik Semut tak sempat nak bukak p.c... Moga korang-korang semua sehat hari ni, mata n jari pun masih bertenaga utk mengadap skrin n keyboard ye.. Hari ni Cik Semut amik cuti. Dah lama tak cuti, nak gi jalan-jalan dgn diri sendiri hehehe... Cik Semut berbintang Gemini, mungkin sebab tu Cik Semut kadang2 dating ngan diri sendiri pun ok .Sekali sekala jalan sorang2 best jugak.. Macam2 kita jumpa & terfikir... satay ikan Pagi tadi, Cik Semut mulakan perjalanan Cik Semut ke Mahkamah Kuantan.. jeng jeng jeng, korang rasa utk ape??? heheheh Cik Semut pergi angkat sumpah utk urusan kerja laaa... Sekejap je. tak sampai seminit pun dah siap. Kemudian Cik Semut jalan-jalan menikmati kehijauan padang MPK sebelah masjid. Khemah-khemah utk bazar Ramadhan dah siap dipasang. 2,3 gerai dah mula cari makan. Cik Semut singgah...

cari blogger POLKADOT

ASSALAMUALAIKUM  Selamat pagi semua dan salam 1 Malaysia... Hari ni Cik Semut terfikir nak cari kawan-kawan blogger yang backgroundnye ade POLKADOT ... Boleh jadi gang Cik Semut yang minat POLKADOT ni... Boleh kawan-kawan tolong carikan rakan-rakan POLKADOT? Tak kisah la dot-dot tu besar ke, kecik ke, warna warni ke, satu warna ke, tersusun ke, terabur ke.. janji memang POLKADOT Bukan pe saje nak buat jadi gang Cik Semut je... sila tinggalkan link di ruangan komen.  Terima kasih kawan-kawan...  Cik Semut : "terus mencari kawan-kawan POLKADOT"

BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?

Klik utk join segmen Sifu Ben ASalamualaikum... Cik semut pun nak join sini jugak. . sudillah kritik2 blog cik semut ni dari pandangan mata dan hati yang tulus mulus kalian ye... moga kita sama2 dpat mantapkan seni blog kita.. amin...

BANTAL mana yang best?

Assalamualaikum Teringat sewaktu zaman gila-gila remaja dulu. Zaman kita sekolah menengah la.. nama pun remaja, mestilah sekolah menengah kan... Time tu Cik Semut mula membaca majalah Remaja. Cik Semut pasti korang-korang yang pompuan tu mesti dapatkan majalah tu sebulan 2kali. Tak kira lah, beli sendiri atau pinjam dari kawan.. Cik Semut jugak terpengaruh dengan majalah tu bila mula meminjamkan daripada seorang kawan . Banyak pulak info-info alam remaja yang best-best. Bila dah besar dewasa ni, ada jugak membelek-belek, kalau nak beli dah rasa mcm tak sesuai ngan jiwa hehehehe, ape pun dalam belek membelek tu ada jugak info-info yang masih boleh digunapakai. Cik Semut dulu suka kalau baca bab tafsiran-tafsiran kendiri ni...Meh Cik Semut kongsi pasal BANTAL yang Cik Semut masih ingat lagi. Majalah tu pun Cik Semut lupa tahun berapa. Tapi yang pasti sumber memang dari majalah kegilaan para remaja tu lah...   **sejenis bantal yang ditemui selepas diGoogle MEMELUK...

Terengganu

Assalamualaikum Cik Semut akan ke Kuala Terengganu tengahari ni. Persiapan untuk esok Cik Semut menjadi juri Pertandingan Tarian Rampaian Tradisional Malaysia. Lokasi esok di Taman Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Terengganu. Hari ni refresh balik subjek-subjek tarian yang pernah dipelajari. Lokasi di : Kuala Ibai, Kuala Terengganu Mari kita layan lagu rakyat negeri Darul Iman ini. Cik Semut : "Ada siapa-siapa tahu tempat-tempat best kat Terengganu???"

Racun dan Penawar

Assalamualaikum 5 Jenis Racun dan 5 Penawarnya ....   1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya. 2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya. 3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya. 4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya. 5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya. Cik Semut : "Setiap racun ada penawarnya,  mencegah lebih baik daripada mengubati"

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER

entri Ben Ashaari Assalamualaikum.... Cik Semut ni masih bertaktih-taktih nak berblog. Nak wat segmen ni pun terkial-kial... ni pun main tibai je, betol ke tak tak tau lah... Blog Cik Semut ni menjurus kepada blog peribadi sebenarnya... Cik Semut suka berkongsi pengalaman , pengetahuan dengan kawan-kawan di alam maya ini. Cik Semut ni sebenar-benarnya memang tak pandai. Tapi memberanikan diri jugak la nak mencuba. Orang kata kalau ada ilmu tak baik simpan sorang-sorang. Jadi, tak salah kan nak berkongsi. Sharing is Caring kan...   Harapan Cik Semut : 1) Dapat belajar banyak lagi daripada sifu Ben Ashaari ni (walaupun kadang-kadang Cik Semut sangat berasa kerdil untuk tegur Sifu Ben ~ sekadar membaca entri-entri sifu je laaaa) 2 ) Dapat ramai kenalan di dunia blogging ni... 3) Dapat berkongsi idea, cerita dan pengalaman dalam apa saja .... Itu saja yang mampu ditaip dengan jari yang terketar-ketar nak join... Cik Semut : "Perasaan yang s...

KUBUR

Assalamualaikum     *Gambar diGoogle Sesekali kita memerah otak mencipta entry-entry terbaru,  Sesekali jari jemari bertungkus lumus menari-nari di papan keyboard, Sesekali apa salahnya melihat gambar di atas, mengingat hari mati kita... Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali ... 1. Aku rumah yang terpencil , maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran. 2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam. 3. Aku rumah p enuh dengan tanah dan debu ,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawa r . 5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan  'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.   Cik Semut : "Mengingati mati,  mengingati Rabbul Izzati, Mengingati Rabbul Izzati,  ketenangan meresap seluruh hati" ...

Bila Nak Minum Air?

Assalamualaikum Semua orang telah sedia maklum a ir sangat penting untuk tubuh badan kita. Kita digalakkan minum 8 gelas sehari. Betul tak kawan-kawan? Tapi ini berita yang baru Cik Semut terima daripada seorang kawan  pakar jantung dan Cik Semut terpanggil untuk berkongsi dengan kamu semua. Badan kita memerlukan air minimum   untuk mengepam toksin keluar dari badan kita . Rupanya ada masa-masa tertentu yang memaksimumkan keberkesanan air kepada tubuh badan kita iaitu : 2 gelas air selepas bangun dari tidur - membantu mengaktifkan organ-organ dalaman 1 gelas air 30 minit sebelum makan - membantu penghadaman 1 gelas air sebelum mandi - membantu tekanan darah yang lebih rendah 1 gelas air sebelum tidur - mengelakkan angin ahmar atau serangan jantung Cik Semut : "Moga-moga info ini dapat membantu diri kita dan kawan-kawan kearah kehidupan yang lebih sihat.  SELAMAT BERAMAL.... "

Tulang Rusuk Bengkok

Allah telah menciptakan manusia dari satu jiwa (jenis) iaitu Adam, lalu diciptakanlah jiwa (jenis) yang lain iaitu Hawa yang berasal dari tulang rusuk Adam bahagian belakang yang sebelah kiri ketika ia tidur. (Tafsir Ibnu Katsir Jilid 1 Hal 646) hingga akhirnya terciptalah dua manusia. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya : Rasulullah s.a.w pernah bersabda : "Hendaklah kamu berlaku dan berbicara  baik-baik dengan wanita kerana mereka diciptakan daripada tulang rusuk  yang bengkok dan yang paling bengkok adalah bahagian yang paling atas. Jika kamu meluruskannya ia akan patah dan jika kamu membiarkannya ia tetap akan bengkok" (Kitab Jami'ush Shahih - Bukhori & Muslim - Hadis No 849) Cik Semut : Sapelah pemilik tulang rusuk yang bengkok ini.... =)

WORDLESS WEDNESDAY #2

RAJA BUAH

Kuih Raya

Assalamualaikum... gambar digoogle. sila Klik Kuih Raya Hari ni di pejabat Cik Semut dah kecoh pasal jual kuih raya. Diam tak diam, tinggal kurang 2 minggu kita nak menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak . Time ni dah ada yang hantar sample-sample kuih. Ada yang dah siap tempah. Cik Semut cukup suka dengan biskut kacang dan kuih bangkit. Nyam, Nyam... Dari Cik Semut kecil sampailah besar remaja dewasa kini kuih kacang dan kuih bangkit tetap menjadi dambaan. Apa kuih kegemaran kamu semua? Hati rasa seronok bila tengok kuih muih pelbagai rasa, pelbagai jenis, bewarna warni. Meriah sungguh! Aktiviti merasa dan membelek kuih raya sambil bergurau senda dah lama ditinggalkan setahun yang lalu. Dalam kesibukan kerja, kuih raya jadi pengikat kemesraan kami rakan-rakan sekerja. Bila seorang dah mula membelek-belek kuih raya tu, kemudian datang lagi seorang, t ambah lagi seorang. Suasana sunyi macam dalam library mula riuh dengan ketawa rakan-rakan. Kadang-kadang hingga menarik p...

Cik Semut dan Blog

Assalamualaikum.. **gambar di google Cik Semut ni bukanlah blogger yang 24jam sehari mengadap entri-entri dan mengemaskini entri. Nak mengaku jadi blogger pun cam malu ...sbb rasa diri tak layak pun. Sebenarnya suka-suka je mengisi masa lapang. Bercerita apa aktiviti Cik Semut dan menyelitkan entri-entri untuk berkongsi ilmu dengan pembaca dan yang lebih penting sememangnya Cik Semut suka menulis dan menaip walau kadang-kadang otak ni tak larat nak perah untuk keluarkan idea . Tapi sekali sekala tinjau-tinjau di dunia blog ni, Cik Semut rasa seronok. Ada kawan-kawan baru. Ada topik-topik baru. Ada bermacam-macam yang menarik . Memang tak jemu lah! Sbb tu Cik Semut makin lama makin sayang kat dunia Blog . Kadang-kadang membaca entri-entri rakan yang lain rasa bangga pun ada. Mereka tak segan-segan menulis apa yang terlintas walaupun berkongsi kehidupan mereka dengan pembaca. Sekarang Cik Semut tak sangka diam tak diam kawan Cik Semut dah ada 92 orang hari ni s...

Kolaatam

Bismillahirrahmanirahim... Lokasi Cik Semut sekarang masih di Blok W, Universiti Malaysia Pahang. Hari ini students Cik Semut belajar tarian Kolaatam . Masih dalam subjek Tarian Klasik India. Props yang digunakan adalah Kayu . Students Cik Semut nampak begitu semangat dan ceria walaupun 4,5 orang dah mengadu sakit kaki , urat-urat hijau di kaki telah mula timbul. Jalan pun tersenget-senget sudah. Bau minyak-minyak urat terhidu merata tempat. Tapi tidak membantutkan semangat mereka untuk menghabiskan pelajaran hari ini. Macam mana tak sakit. Hari ini hari ke 11 mereka menari dari pagi sampai ke malam. Cik Semut sangat bangga dengan mereka. Mari tengok gambar-gambar students Cik Semut yang sempat Cik Semut snap masa dorang tengah gigih berlatih.  Cik Semut : Menyemarakan  seni budaya bangsa.

Bharatanatyam

Bismillahirrahmannirahim... diGoogle saja... Dah lama Cik Semut tak update blog ni. Kalau kat luar ni mesti sang lelabah dah bermastautin kat sini... Lokasi Cik Semut sekarang di Blok W, Universiti Malaysia Pahang... Ada bengkel tarian klasik India... Tarian Bharatanatyam kiranya salah satu daripada tarian yang sangat susah untuk dipelajari. Memerlukan ketangkasan berfikir dan ketahanan fizikal dan mental . Bagus untuk aktifkan otak kiri dan kanan,postur tubuh yang menarik dan lebih tabah. Students Cik Semut pun sangat bagus. Mereka tak kenal erti berputus asa. Sanggup belajar sampai habis... walaupun kaki dan badan dah sakit-sakit . walau muka tu dah tak boleh nak senyum lagi dah... Cik Semut bangga dengan mereka. Apa pun, Cik Semut harap ilmu yang diperolehi ini bukan hanya tinggal di sini. Moga-moga mereka boleh praktikan ilmu yang telah disampaikan ini sebaik-baiknya. Objektif Cik Semut nak dorang semua ni boleh perform pelbagai jenis tarian tanpa mengenal  agam...

Bengkel Tarian

Assalamualaikum kawan-kawan... Dah lama tak update blog Cik Semut ni... Cik Semut sibuk sikit handle Bengkel Tarian 1 Malaysia untuk students Cik Semut... Bengkel bermula 01 Julai 2011 hingga 14 Julai 2011 ni... Student Cik Semut belajar tarian klasik Cina, Melayu dan India... Doakan Cik Semut berjaya ye...

SSn1