KELEBIHAN DAGING ARNAB
- Bahagian yang terbaik adalah di pangkal peha kanan
- Menghangatkan badan
- Melancarkan aliran air kencing
- Menghancurkan batu karang pada salur pundi kencing
- Daging di bahagian kepala elok untuk penyakit Parkinson
- Minyak arnab sesuai di sapu pada pesakit lumpuh (cara untuk dapatkan minyak, goreng tanpa minyak di atas kuali sehingga mengeluarkan minyak)
RENDAH KOLESTROL
Daging arnab mempunyai kadar protein yang tinggi, daging arnab juga mempunyai kandungan serat halus yang tinggi. Kandungan airnya juga lebih tinggi(67.9%) berbanding dengan ternakan lain seperti ayam pedaging, lembu atau biri-biri. Kadar lemak yang terkandung di dalam daging arnab adalah 75g/kg di mana sebahagian besar lemak tersebut adalah dalam bentuk tak tepu. Selain itu, paras kolestrol di dalam daging arnab rendah iaitu 1.39mg/kg manakal kandungan natrium hanya 399mg/kg.
Masih ragu-ragu untuk memakan daging arnab?Cuba dahulu dan anda akan merasai kelebihan yang terdapat di dalamnya. Ubah persepsi dan minda anda tentang daging arnab dan cuba dapatkan kelebihannya sekarang nescaya anda akan dapat merasainya, InsyaAllah..
RENDAH LEMAK
Berdasarkan khasiatnya yang dapat meningkatkan kemampuan golongan lelaki, daging arnab memiliki banyak persamaan dengan daging kambing. Kelebihannya adalah terdiri daripada kandungan protein yang lebih tinggi dan kadar lemak yang sangat sedikit.
Ia bukan saja dapat meningkatkan tenaga, malah dapat memperbaiki sel-sel dalam tubuh, membentuk sel-sel baru dan meningkatkan kecerdasan otak. Oleh itu, ibu bapa disarankan utk menyediakan menu yang terdiri daripada daging arnab untuk keperluan tumbesaran anak-anak yang baik.
Daging arnab dapat mengempiskan perut dan melawaskan air kencing jika dimakan dlm kuantit yang mencukupi. Daging arnab yang terdapat pada bahagian kepala jika dimasak dan dimakan dapat mengubati penyakit demam malaria.
DAGING ARNAB
Segelintir masyarakat di Malaysia menganggap bahawa daging arnab adalah seperti kucing dan juga berkeberatan untuk memakannya. Bagi yang beragama Islam daging arnab adalah HALAL dimakan tanpa perlu berprasangka terhadap kesahihannya. Tahukah anda daging arnab adalah daging yang sangat baik jika dibandingkan dengan daging haiwan lain. Bukan setakat itu sahaja, daging arnab juga mempunyai banyak manfaat dan juga boleh mengubati pelbagai penyakit kronik seperti stroke.
Selain mempunyai rasa yang lebih enak berbanding dengan rasa daging haiwan lain seperti ayam dan itik, ia juga dikatakan mempunyai khasiat tersendiri untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan terutamanya bagi golongan lelaki. Ada pihak berpendapat bahawa dengan memakan daging arnab mampu meningkatkan tenaga batin orang lelaki. Pendapat ini telah pun dibuktikan secara ilmiah. Bardasarkan kajian yang dilakukan, daging arnab mengandungi asid lemak tak tepu kadar protein yang amat tinggi sehingga dapat memberikan kesan yang baik terhadap kesihatan manusia.
Mengikut kajian yang telah dijalankan,membuktikan daging arnab mengandungi kadar protein yang tinggi dan boleh diserap oleh tubuh secara langsung sehingga menghasilkan tenaga. Disebabkan oleh itu ramai masyarakat yang memakan daging arnab mempercayai daging arnab dapat meningkatkan tenaga batin.
Sumber rujukan dari Jebitrabbitty
Sumber : Jabatan Agrikultur Amerika Syarikat (USDA)
Jenis daging
|
Protein %
|
Lemak %
|
Kalori
|
Arnab
|
20.8
|
10.2
|
795
|
Ayam
|
20.0
|
11.0
|
810
|
Lembu muda
|
18.8
|
14.0
|
910
|
Ayam belanda
|
20.1
|
22.2
|
1190
|
Kambing biri-biri muda
|
15.7
|
27.7
|
1420
|
Lembu
|
16.3
|
28.0
|
1440
|
Khinzir (TIDAK HALAL)
|
11.9
|
45.0
|
2050
|
"Cik Semut suka arnab daripada jenis Dwarf Hotot berasal dari Perancis. Kalau nak kenal senang saja,bahagian matanya ada cecincin hitam, macam pakai celak... Badannya pendek, padat dan bulat. Telinganya pendek dan berbulu. Standard beratnya dalam 8-11lbs. Kalau dah bela, sayang pulak nak sembelih sebab comel sangat...gambar seperti di bawah."
Dwarf Hotot
sedap tu daging arnab, saya memang suka makan daging arnab, kalau buat satu lagi sedap...tapi tak suka bela
ReplyDeleteBuluh perindu ~ Saya tak selalu makan daging arnab... saya suke makan puyuh... suke sangat... bela pun tak, tapi saya suka arnab... =0)
ReplyDeleteeh eh sebut pasal arnab, baru2 ni mimpi pegang arnab. padahal takut nak pegang haiwan berbulu selama ni. hehe
ReplyDeletemimpi je? heheheh Cik Semut pun takot dgn haiwan berbulu ni , tapi arnab ade juga memberanikan diri pegang... ok je..tapi tak pegang lame2... ehheeh
ReplyDelete