Korang mesti pernah rasa nak marah kalau disakiti atau berasa hati kan…. Setiap manusia memang ada sifat semulajadi tu. Kita akan marah bila rasa tidak adil, kena sindir, kena hina, kena tuduh, difitnah atau diancam.
Cuma terpulang pada kita macam mana nak mengatasi perasaan itu. Kalau tak pandai nak atasi, itu yang terjadinya PANAS BARAN yang boleh mengakibatkan kerosakan. Nak menegur pun ada caranya. Tidak perlu menonjolkan emosi marah tu. Hanya kawal saja perasaan marah itu sebelum membara.
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
Berwuduk.
Berwuduk.
Rasulullah SAW bersabda:“Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud).
Minum air.
Mendiamkan diri ketika marah.
Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
Berfikiran positif.
Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.
Bawa bertenang seperti menarik nafas.

Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.
Tapi kalau kita berhadapan dengan orang yang sedang marah macam mana pula?
Tips dibawah boleh membantu
Beri peluang orang sedang marah itu bercakap atau meluahkan terlebih dahulu punca kemarahannya.
Ketika berhadapan dengan individu sedang marah, jangan menyampuk dan merendahkannya.
Kaji punca kemarahannya dan cuba atasi. Sekiranya berpunca daripada kesilapan kita, mintalah maaf daripadanya.
Cubalah bertanya beberapa soalan bagi membantu menyelesaikan masalahnya. Terima kemarahannya dengan tenang.

"SS tak pandai nak marah-marah, nak bebel-bebel. Tapi kalau tak dapat kawal marah tu kaki tangan semua naik...heheheh, kene lebih bersabar lagi ni"
sabar je...atau minumair banyak2....hehe
ReplyDeleteye btol tu.. WAJIB sabar.. TAPI kdg2 kita manusia ni bnyk btol lemahnye... minuma air sampai kembong perut...heheheh =) thnakz for comment
ReplyDelete