Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

GENTING

  Berkursus gi Genting Highlands 24-26 Jun 2011 Mood : TERUJA

Mari Belajar 'Aishiteru'

Menghabiskan sisa-sisa masa rehat ini dengan melayan lagu ' Aishite ru ' daripada Zivilia Band. Liriknya boleh tinjau Bisikan Hati . Juga menjadi Soundtrack Sinetron Cinta Melody yang ditayangkan di Astro Ria waktu Cik Semut balik kerja. (Sebenarnya tak layan sangat cerita tu, tapi waktu balik kerja mesti berehat sambil menonton TV. Cerita itu je macam ok laa...) Sambil melayan sahabat-sahabat blogger Cik Semut yang cergas jari jemari membina entri-entri terkini, Cik Semut mencari-cari sedikit sebanyak maklumat mengenai "AISHITE RU '. "Saya cinta kamu" mungkin telah menjadi salah satu frasa yang paling popular di mana-mana bahasa di dunia. Makna Aishiteru = Saya suka/cinta kamu. Di Jepun, kata dasar bagi CINTA adalah ai (爱),  kata kerja MEN CINTAI adalah "aisuru (愛する)." Dalam perbualan pula, I LOVE YOU/SAYA CINTA KAMU   boleh diterjemahkan sebagai : Aishite imasu (愛し て います). Aishiteru (愛し てる). Aishiteru yo (愛し てる ...

Blog Pilihan Cik Semut

Assalamualaikum semua... Cik Semut mula bukak blog, chek siapa yang 'blogwalking'... "blogwalking" pula ke blog kawan-kawan yang lain.... baca entri kawan-kawan Cik Semut.... Enggan mengulas dengan lebih lanjut, Cik Semut nak kongsi blog-blog yang menjadi pilihan Cik Semut hari ini...  Koja's Blog Merahitujambu Life 101 Cikgu Fiq   Ok. Selamat berblog!!

WORDLESS WEDNESDAY #1

REASON to Like A Woman

You can feel her CARE in form of a Sister. You can feel her WARMTH in form of a Friend. You can feel her PASSION in form of a Beloved. You can feel her DEDICATION in form of a Wife. You can feel her DIVINITY in form of  a Mother. You can feel her BLESSING in form of a Grandmother. Yet she is so TOUGH too... Her heart is... so TENDER ... so NAUGHTY ... so CHARMING ... so SHARING . .. so MELODIOUS ... She is a WOMAN She is LIFE. gambar di Google "bangga menjadi wanita"

Doa pagi

Assalamualaikum.. Selamat pagi semua. Sebelum kita terus menjalankan aktiviti kita hari ni, marilah kita sama-sama berdoa di waktu pagi ini... Bismillahirahmannirrahim... Ya Allah, Ya Tuhan Kami,   Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami. Ya Allah Ya Tuhan Kami,   Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya. Aminn..   "Moga hidup kita hari ini lebih diberkatiNYA.  Insyaallah."

7 Tips

7 Tips Keselamatan internet untuk kanak-kanak  gambar di Google  Meletakkan komputer di kawasan awam rumah.  Komputer di bilik tidur kanak-kanak adalah lebih sukar untuk mengawasi mereka . Pastikan skrin komputer tidak tersembunyi dan boleh dilihat dengan mudah . Lawatilah laman web yang dilawati oleh kanak-kanak. Belajar mencari laman web kegemaran anak-anak anda. Anda boleh menyemak dalam sejarah pelayar (history) untuk belajar laman web baru yang mereka telah lawat. Mendidik anak-anak mengenai maklumat-maklumat yang boleh dan tidak boleh dikongsi dalam talian seperti maklumat peribadi, alamat rumah, nombor telefon atau gambar.    Nasihatkan anak-anak untuk tidak bertindak balas kepada rakan dalam talian dengan memenuhi permintaan  mereka tanpa kebenaran lebih-lebih lagi yang tidak dikenali. Jika anda bersetuju, anda perlu menemani anak anda dan meminta untuk ber...

Hormon Penting

Assalamualaikum... Ada yang stress di tempat kerja? Tugasan yang melambung-lambung mesti memberi kesan negatif kepada kita pada hari tersebut. Kalau kita bekerja dalam keadaan tergesa-gesa, tertekan, kelam kabut macam lipas kudung ...  Perasan tak yang waktu itu denyutan nadi dan jantung kita berdegup dengan sangat kencang? Sebenarnya jantung dan nadi sedang mengepam darah  kita dalam keadaan yang tak stabil.  Keadaan ini boleh menyebabkan kita menghidapi darah tinggi dan migrain .  Otak dan minda kita juga tak mampu bekerja dengan baik dan boleh menjejaskan kesihatan kita. Sebab itu akan nampak murung, tak happy , dan cepat marah. Gambar diGoogle Bila fikiran kita berada dalam keadaan yang bersih, jiwa akan menjadi tenteram, badan akan merasa tenang sekaligus minda kita dapat berfungsi dengan baik dan sihat. Jadi, ambillah waktu untuk berehat sekejap bila kita sudah mula berasa keadaan menjadi terlalu tertekan.  Tinggalkan m...

KUM-KUM

Assalamualaikum.. Kawan-kawan dah makan tengahari? Atau ada yang masih meneruskan puasa sempena Rejab? Apa pun syukur kita ke hadrat Allah kerana masih bernafas di bumi Allah ini. gambar dari Google Cik Semut nak kongsi cerita kejadian di rumah Cik Semut semalam. Cik Semut bersama dengan teman serumah Kak Amy dan Kak Ayu. Kami bertiga. Semalam kami merehat-rehatkan diri sambil menonton TV3 cerita KUM-KUM. Korang tengok cerita tu tak? Alaaa yang Marsha berlakon tuu...dia jadi hantu KUM-KUM. Mencari mangsa anak dara sunti untuk pulihkan kecantikan di wajahnya... Dipanggil hantu KUM-KUM sebab hantu tu pergi ke rumah mangsa dengan menyebut "Kum-Kum". Mangsa akan mendengar seperti ada orang memberi salam.Ada yang menjawab salam dan membuka pintu. Apa lagi, habis la riwayat hidup anak dara sunti tu bila berjaya menjadi mangsanya dengan menyiat kulit muka si mangsa. Bercakap pasal memberi salam juga, dulu-dulu Cik Semut ada pernah terdengar orang pukau juga ada me...

Terima Kasih Blogger

Assalamulaikum... Dalam kesuntukan masa ini, Cik Semut sangat-sangat ingin berterima kasih kepada kawan-kawan blogger Cik Semut. Selalunya kalau bukak blog, Cik Semut cuma berfikir perkara apa yang nak dikongsikan dengan kawan-kawan Cik Semut. Tiba-tiba hari ni buka Blog, tup-tup Cik Semut tengok ramai yang sudi comment kat entry Cik Semut tentang Solat . Sebelum ni Cik Semut fikir kalau perkara-perkara berkaitan keagamaan ni tak ramai org nak baca.. apa pun, terima kasih kepada kawan-kawan Cik Semut : Cha Cik Merah Jambu Namee Daddyz Twins Semut Sengal colour of life Terima kasih sekali lagi sebab support Cik Semut dalam dunia maya ni.. Sama-sama kita keep in touch  ye... Moga kehidupan kita sama-sama diberkati Allah. Amiin.

Bacaan Dalam Solat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Moga geng-geng Cik Semut semua sihat hari ni... Sebelum ni Cik Semut ada bicara tentang  Tanda-tanda Gangguan Syaitan Dlm Solat . Kali ni, Cik Semut sekadar ingin berkongsi sedikit tentang makna bacaan dalam solat, untuk kebaikan kita bersama. Moga-moga hati kita terhindar dari gangguan-gangguan syaitan sewaktu solat...   Takbiratulihram “Allah Maha Besar” Doa Iftitah Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi, Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidak Menyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam. Al-Fatihah Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala ...

Makanan Otak

Salam semua sahabat-sahabat Cik Semut yang sudi ziarah tanah polkadot ini... Pagi ni Cik Semut cume nak kongsi 1 topik  dari kawan Cik Semut mengenai makanan yang boleh memberi kesihatan kepada otak kita...  jom kite terjah blog Adam Moga ada manfaat untuk kita bersama. Insyaallah.
PESANAN IMAM AL GHAZALI Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.  Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...   Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?" . Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati" . Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 ) Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang...

Air dan Payudara

Assalamualikum semua.... Entri kali ni untuk perhatian para wanita, lelaki pun boleh baca untuk pengetahuan.. Air dalam botol plastik di dlm k ereta anda, sangatlah berbahaya!   Sheryl Crow tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama setelah mengalami kanser payudara. Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara,terutama di Australia. Doktor kepada seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini berkata : Wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam kereta. Tambahnya lagi hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara. Jadi tolong berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam kereta. Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racu...

JAGA-JAGA

Sekadar berkongsi : 10 Gangguan Syaitan dalam Solat ~~Pernah suatu hari Cik Semut solat,masa duduk antara dua sujud pada rakaat terakhir solat Asar, tiba-tiba Cik Semut tak dapat baca apa-apa2, macam blank. Puas la fikir ayat apa yang kena baca. Akhirnya terpaksa memberi salam, istigfar dan mulakan solat.  ~~1 ketika lagi, sewaktu Cik Semut sedang mengaji. Waktu itu surah Al-Baqarah ayat berapa Cik Semut dah lupa, (waabashirrillazi...)  tiba-tiba Cik Semut tak dapat baca dan terus menangis teresak-esak secara tiba-tiba. Nasib baik mak Cik Semut bacakan surah Yassin, baru lah Cik Semut boleh membaca semula.  Cik Semut percaya semua ni adalah gangguan Syaitan... Sedikit sebanyak ilmu yang Cik Semut nak kongsi untuk peringatan kita bersama. 1)WAS-WAS SAAT MELAKUKAN TAKBITAUL IHRAM Saat mulai membaca takbiratul ihram "Allahu Akbar", ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ia langsung mengulanginya lagi de...

Ben Ashari Ajak Kutuk Blog Aku

Salam Semua...First time aku try ni. Tak tau menjadi ke tak... tengok rakan2 blogger Cik Semut semua nye join : Ben Ashari Ajak Kutuk Blog Aku Cik Semut sekadar mencuba sesuatu yang baru... so, mempersilakan tetamu-tetamu yang diundang atau yang tidak diundang sekalipun, silalah komen blog Cik Semut yang serba kekurangan ini... kepada yang tidak ada blog tu pun, harap2 boleh komen dengan menukarkan identiti korang daripada "anonymous" kepada nama-nama yang best... Jom join ramai-ramai : Buat satu entri ...  Letak header ben ashaari blog ... Tajuk : BEN ASHAARI AJAK KRITIK BLOG AKU dan linkkan ke entri ini .. Tinggalkan url entri di ruangan komen ini ..  "pssttt : walaupun Cik Semut merangkak-rangkak nak buat benda alah ni. nak copy header pun tak reti.."

PANAS BARAN

Korang mesti pernah rasa nak marah kalau disakiti atau berasa hati kan…. Setiap manusia memang ada sifat semulajadi tu. Kita akan marah bila rasa tidak adil, kena sindir, kena hina, kena tuduh, difitnah atau diancam. Cuma terpulang pada kita macam mana nak mengatasi perasaan itu. Kalau tak pandai nak atasi, itu yang terjadinya PANAS BARAN yang boleh mengakibatkan kerosakan. Nak menegur pun ada caranya. Tidak perlu menonjolkan emosi marah tu. Hanya kawal saja perasaan marah itu sebelum membara. Cara mengatasi marah dalam Islam ialah: Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim) Berwuduk.  Rasulullah SAW bersabda:“Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan ...

Sanggup makan arnab?

KELEBIHAN DAGING ARNAB  Bahagian yang terbaik adalah di pangkal peha kanan Menghangatkan badan   Melancarkan aliran air kencing Menghancurkan batu karang pada salur pundi kencing Daging di bahagian kepala elok untuk penyakit Parkinson Minyak arnab sesuai di sapu pada pesakit lumpuh (cara untuk dapatkan minyak, goreng tanpa minyak di atas kuali sehingga mengeluarkan minyak) RENDAH KOLESTROL Daging arnab mempunyai kadar protein yang tinggi, daging arnab juga mempunyai kandungan serat halus yang tinggi. Kandungan air nya juga lebih tinggi(67.9%) berbanding dengan ternakan lain seperti ayam pedaging, lembu atau biri-biri. Kadar lemak yang terkandung di dalam daging arnab adalah 75g/kg di mana sebahagian besar lemak tersebut adalah dalam bentuk tak tepu. Selain itu, paras kolestrol di dalam daging arnab rendah iaitu 1.39mg/kg manakal kandungan natrium hanya 399mg/kg. Masih ragu-ragu untuk memakan daging arnab?Cuba dahulu dan anda akan me...

SSn1