Skip to main content

Spagetthi Carbonara (bukan dari tin makanan segera)



Hari ni ada seorang sahabat aku 'AIZA' bertanya tentang resepi nak masak Carbonara.
Aku tahu lah juga sikit-sikit. 

Aku selalu buat spagetti je sebab aku tak minat makaroni atau yang lain-lain.
Aku kongsi apa yang aku selalu buat dulu-dulu. Waktu tu aku ada banyak masa untuk memasak.
Sekarang ni makan mana yang sempat je.

Tapi aku tak pandai nak ikut sukatan, main hentam je ikut sesedap rasa hati aku. heheheh. Cara masak yang nak aku kongsikan ni ikut konsep 3keje 1masa ye. So, kena la pantas dan alert.

Bahan-Bahannya adalah:
1. Minyak zaitun / minyak masak
2. Bawang holland dicincang
3. Bawang putih dicincang lumat.
(nak blender pun boleh tapi aku lebih suka hiris-hiris/cincang-cincang sahaja)
4. Daging cincang / seafood
5. Telur
6. Lada hitam yang dikisar / ditumbuk
(nak senang beli serbuk lada hitam je tapi rasanya tak sama)
7. Mayonnise Heinz lebih kurang  setengah botol
8. Keju Parmesen parut-parutkan.
(nak senang beli serbuk keju parmesan).

Bahan Tambahan : (takde pun tak pe)
1. Basil Leaves
2. Mix Vegetable
3. Margerin (wat sapu bekas nak letak spagetti)


Cara-cara :

1. REBUS
Masukkan minyak dlm periuk - masukkan air - masukkan sedikit garam - biar air mendidih - masukkan spagetti - rebus sampai masak.


2.SOS
Sementara tunggu rebusan masak, bolehlah ambil bekas/mangkuk yang sederhana besar - pecahkan telur - pukul sebati - campurkan mayonis, keju parmesan, serbuk lada hitam - pukul sebati - biarkan di tepi.

3. TUMIS
Panaskan kuali - masuk minyak zaitun/minyak masak - tumis bawang Holland dan bawang putih sampai layu/naik bau - masukkan daging cincang/seafood -biarkan sampai air daging/seafood tu kering - kacau sebati

4.TOS
Bila spaghetti dah masak, toskan dia - kemudiaan terus masukan separuh spageti tadi dalam bekas telur yang dipukul tadi - gaul rata - biar telur tu dimasak oleh panas spaghetti itu - spageti akan kelihatan creamy.

5.GORENG SEKEJAP
Tuangkan spaghetti dan telur yang diadun tadi ke dalam kuali daging/seafood - goreng-goreng (api biar medium ye. Yang sedang-sedang saja.)(kita goreng supaya telur tu masak betul-betul) - kacau sebati - jangan masak sampai kuah kering - biarkan basah sedikit dan nampak lemak berkrim - kalau suka kuah banyak masukkan susu segar) . 
Tutup api. 


6. PENYEDIAAN
Ambil bekas yang sesuai, sapukan marjerin - Spagethi yang telah ditos tadi boleh dimasukkan terus ke dalam bekas yang dah disapu marjerin. 
Gaul-gaulkan supaya spagetti tidak melekat di bekas)

7. HIDANG
Tuangkan sos yang telah digoreng sekejap tadi  (no.5) keatas spagetti di dalam bekas.
Boleh la dihias dengan daun basil, lada hitam dan lebihan keju parmesen tadi.
TAARRRAAAAA....

psssttt ; "kalau terlebih rajin,spageti tu boleh bakar dalam oven, tabur mozarella cheese,  kasi keju tu cair sedikit lagi sedap - makan panas-panas mesti sedap - tiba-tiba perut aku menyanyi girang lapar pulak rasanya.

NYAM NYAM ~~ SELAMAT MENCUBA.

Comments

  1. sedapnyer~~~~ dah la aku ni memmang hantu spaghetti.....

    ReplyDelete
  2. Pembawa _wacana ~ wow...same lah kite... mmg hantu spagheti... heheh, try lah buat sendiri... boleh ikot citerasa kite nak banyak mana, nak tambah ape yang kite suke.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Aku huduh yang comey.... kalau lapar, ape lagi, pi lah cari spaghetti ni atau wat sendiri je.. hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.