Skip to main content

TIDUR YANG LENA

Apa pendapat korang tentang TIDUR korang?
A. pantang ada masa terluang  msti nak tidur
B. tidur tu keperluan utk merehatkan mental dan fizikal.
C. tak suka tidur, kalau boleh nak berjaga 24 jam sbb rasa mcm 24 jam tu tak cukup...

Aku andaikan :
A = teruk hidup korang ni, tak bosan ke asyik tidur je...
B = hidup korang msti teratur dan korang pun sehat je kan...
C = ape yang korang kejarkan sebenarnya? kalah PM mcm ni!

Aku ramai kawan.
Ada yg jadikan tidur sebagai hobi
Ada juga yang tak suka tidur, berjaga 24 jam... tidur sekejap2 pun ada...
Ada yang pukul 8 terus tidur! 
Korang macam mana pula?

Apa pun pilihan korang A, B, atau C itu adalah pilihan diri kita sendiri.
Kita yang mengawal dan memberi yang terbaik utk diri.
Mungkin juga kita ada alasan utk pilih A, B atau C..
 ....dan aku sebenarnya dari pilihan C....

Hari ni aku punya sedikit masa terluang untuk berkongsi dengan korang sahabat2 ku di alam maya ni, tentang mendapat TIDUR YANG LENA.

Usah korang perkecilkan soal tidur sbb TIDUR tu penting untuk kesihatan kita.
Tidur  dapat bagi tenaga dan keupayaan utk kita meneruskan kerja-kerja kita.
KUALITI TIDUR ada hubungan yang kuat kepada kesihatan mental dan fizikal kita.
Tahap kesihatan yang menurun banyak dikaitkan dengan masalah tidur contohnya masalah susah nak tidur.

Sebelum ni aku juga menghadapi masalah tidur yang agak kritikal.
Disebabkan itu, aku selalu diserang migrane, slalu rasa tak bermaya, rasa serabut, rasa tak terurus, berat badan aku pun makin bump! bump! ish..... tapi bila aku tukar corak tidur aku, Alhamdulilah mental dan fizikal aku semakin positif.
Macam mana caranya?
 Meh aku kongsi ngan korang... jeng jeng jeng...

 


1.Lebihkan senaman  fizikal
Petang-petang lepas balik kerja  ajak la kawan-kawan pergi jogging ke, main basikal ke, menari2 ke, skiping ke... bila badan dah berpeluh,  aku rasa sangat sihat dan cergas!





2.Tentukan waktu tidur yang tetap
Target pukul berapa yang kita nak tidur tu lebih awal dari kebiasaan. Contohnya aku ni selalu tidur pukul  3 atau 4 pagi, pastu aku target nak tidur pukul 12 malam, walaupun aku tak berjaya tidur pukul 12 (mungkin terlalu awal dari kebiasaan) tapi aku berjaya tidur pukul 2 pagi, lebih dari kebiasaan aku. Pastu aku teruskan target tidur lebih awal. Sekarang pukul 10, 11 aku dah mula menguap...n tidur...
Sesekali ada juga kalau tuntutan kerja yang akan membuatkan aku tidur lewat lagi. Tapi, at least purata tidur aku dah semakin awal daripada biasa.



 

3. Tingkatkan suhu tubuh sebelum tidur
Hah, macam mana tu? Aku mandi air suam je sebelum tido.. Lepas je kene air suam kat seluruh badan ni, mak aii rasa relax sangat2! So, boleh la tidur dgn relax dan lena...





4. Biarkan bilik tidur dalam keadaan gelap.
Bila bilik gelap, aku rasa tenang. Rasa seluruh otak dan badan aku juga turut tidur sama. Otak dan badan turut terasa relax.. Kalau takut gelap, pasang je lampu warna kuning/oren tu,kasi suram-suram je jangan terang sangat. Aku pernah terbaca (baca kt mana pun aku dah lupa), makin usia kita meningkat, kita menjadi terlalu sensitif, walau sedikit cahaya dan bunyi ia boleh mengganggu tidur kita.So, elakkan cahaya terlalu terang dan bunyi bising yang membingit.

 
5. Pasang kipas atau slowkan air cond.
Dengan suasana tidur yang sedikit dingin sambil berselimut memang mengasyikkan. Jangan tido dalam keadaan panas dan terlalu sejuk. Suasana ruang tidur yang hangat dan terlalu sejuk boleh menyebabkan kita susah nak tidur.






6. Kemaskan bilik dan katil/tilam
Pastikan suasana sekeliling ruang tidur kita kemas dan selesa. Mata pun tak sakit. Bila bilik aku berselerak, aku rasa otak aku pun berselerak dengan macam2 hal yang tak tersusun. Walau mata terpejam aku dapar rasakan  otak aku masih bekerja.


 
7. Kurangkan kafein.
Aku ni memang dah hantu kafein sebenarnya. Tak boleh hidup tanpa kafein kononnya lah... betapa aku sangat-sangat perlukan dia. Tapi sekarang aku cuba kurangkan pengambilan kopi atau nescafe utk membantu tidur aku. Sekarang aku hanya akan minum secawan nescafe  pagi2 je dan tidur aku makin berkualiti.


8. Tidur awal waktu malam.
Jangan kurangkan tidur malam ini  dan ganti siang esok.Aku dah pernah cuba teknik ini. Konon2nya malam ni aku tidur lewat skit, dgn niat esok siang lepas Zohor boleh la ganti tidur yang tak cukup tu kejap. Walau 5min, 10 min pun jadilah... tapi sebenarnya teknik ni tak membantu pun, hanya sedapkan hati sendiri je. Silap2 malam esok tu aku mmg tak boleh tidur sebab dah tidur siang!



BONUS!!
Aku ade jugak dapat petua dari orang2 tua tapi aku tak cube lagi.
1.Minum susu sebelum tido
~ aku ade buat jugak tapi tak berkesan utk aku, tak tau la korang mcm mana. 

2. Rendam air ketumbar yang dicampur susu lembu asli
~ aku tak pernah cuba sbb membayangkan rasa air ketumbar tu..

3.Makan bawang besar bersama dadih putih
~ bawang lagilah aku tak makan!


Seorang kawan pernah pesan kat aku 
"Jangan melanggar hukum alam,telah dicipta siang dan malam,
berjaga siang, berehat malam. Ciptaan Allah sangat indah utk kita hambanya. Subhanallah..."
 Kerana pesanan itu aku mengubah corak tidur aku dan kehidupan aku turut berubah menjadi lebih baik. Alhamdulillah. 

Comments

  1. mnm susu b4~mmg akan tdo lena tp b4 tdo 2 jgnla pk mcm2...

    ReplyDelete
  2. etiqaz : agaknya sbb i mengalami mslh tido yang agak kritikal, sbb tu minum susu pun tak jadi ape2 kot. nasib baik ade inisiatif lain.. =)

    ReplyDelete
  3. salam ziarah....nice tips la..

    dah la ila susah sangat nak tido lena...heheh

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan...
    boleh la gunakan tips tu..
    saya berusaha jugak tu, alhamdulillah saya dah makin sehat dan rasa cergas sekarang... =)
    SELAMAT MENCUBA ILA...

    ReplyDelete
  5. saya mudah jek tertido..HAHAHA...baring2 sikit..kalau timing betol..dapat la tido kejap jek...tp btol..sblum nak tido tu...jgn fikir sgt, jgn berangan ape...hahaha..

    ReplyDelete
  6. semut senyum,thanks yer..salam perkenalan....~

    ReplyDelete
  7. man yusoef ~ saya pulak mmg jenis otak aktif, asyik nak fikir je... ape2 pun... mcm mana nak kosongkan otak ek.. jarang skali...

    Afsar ~ ye, same2, salam perkenalan

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.