Cottage Pie ni ada Daging Kisar + Mashed Potato + Mozarella Cheese. Itu saja. SS ingat susah sangat buatnya. Tapi tak sangka senang saja rupanya. Sementara ada bahan-bahan utama dalam peti, SS lancar saja menu ini untuk pertama kali dalam hidup. Heheheheeeeee Kalau nak buat lagi, akan tambah baik dari segi penyediaan dan bahan-bahannya. Bahan-bahan : Kentang 5-6 biji dipotong dadu Butter 2 sudut besar Susu full cream dalam setengah cawan Daging Kisar Bawang Holland dipotong dadu Tomato dipotong dadu Garlic powder Garam Black pepper Pelbagai herba (oregano/ Italian herbs/ paprica) Garam Cara Penyediaan : Mashed Potato : Rebus kentang sampai empuk, masuk garam. Apabila dah empuk, lenyek sampai lumat, masukkan butter , susu full cream , garlic powder , garam, black pepper , gaul semua sebati (ubahsuailah ikut rasa sesedap tekak masing-masing). Inti daging : Tumis bawang putih, masukkan daging Kisar, goreng sampai hilang airnya, masukkan bawang Holland, pelbagai herba (o...
Air merupakan perkara asas kehidupan. Kalau terjejas, memang akan terjejas jugalah rutin hidup. Boleh jadi stress dibuatnya. Krisis air di Selangor ni memang boleh jadi cerita lagenda agaknya. Satu dunia tahu tentang permasalahan ini. Bukan sekali dua, tapi dah bertahun-tahun lamanya. Rakyat Selangor dah boleh jadi ninja angkut air setiap kali krisis ini berlaku. Allahu. APA PUNCA GANGGUAN AIR DI SELANGOR? 1. Pencemaran Sumber Air Kegiatan industri dan pembuangan sisa yang tidak terkawal menyebabkan pencemaran di sungai-sungai utama seperti Sungai Selangor dan Sungai Semenyih. Contohnya, pencemaran bau pada 22 September 2022 di Sungai Gong yang mengganggu Loji Rawatan Air (LRA) Langat. Sumber 2. Kelewatan Projek Infrastruktur Projek penting seperti LRA Langat 2 mengalami kelewatan yang ketara. Seharusnya siap pada 2019, namun hanya dijangka siap pada 2025. Kelewatan ini menjejaskan kapasiti rawatan air dan kestabilan bekalan. Su...