Skip to main content

PAKEJ HAJI SWASTA PREMIUM DI MKM TICKETING TRAVEL & TOURS


Petang tadi dapat video di aplikasi WhatsApp daripada mak yang sedang mendaki Gua Hira’. Mak kelihatan seronok dapat tengok dengan matanya sendiri keadaan ruangan tempat baginda Nabi Muhammad SAW menyendiri dan bermunajat. Kami adik-beradik yang tengok video pun turut sama rasa dekat dengan kebesaran Allah. Masya-Allah. Itu baru sebahagian daripada mengerjakan ibadah umrah. Bayangkan kalau dapat menunaikan rukun Islam kelima, Allahu, pasti tiada perasaan yang mampu menandingi salah satu kebahagiaan kita di dunia ini.


Suasana di khemah jemaah yang selesa.




Waktu haji pada tahun ni (Zulhijah) jatuh pada bulan Jun 2025. Tapi SS rasa kalau nak pergi haji dengan agen pelancongan ni mesti tak boleh buat tempahan saat akhirkan? Siapa tak nak pergi haji kan? Tapi kalau sudah cukup bajetnya, mungkin itu petanda Allah sudah menjemput ke tanah suci. Itu semua impian kita yang beragama Islam sebagai pelengkap rukun agama. Saja-sajalah SS buat tinjauan dalam pelbagai website. Antaranya adalah MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd.




MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat pelancongan 100% milikan bumiputera yang berlesen dan diiktiraf sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL666) dan telah diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965 pada 13 Oktober 2011. Mereka juga merupakan salah sebuah Syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Haji Saudi bagi menguruskan Visa Umrah dan juga mempunyai Lesen Haji daripada Tabung Haji atau dikenali sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH)  bagi menguruskan jemaah haji Malaysia. 

Kemudahan yang disediakan untuk jemaah.


Kepada yang mencari Pakej Istimewa Haji 2025, paling menarik di MKM Ticketing Travel & Tours mempunyai 5 pakej haji yang ditawarkan iaitu :
  • Pakej Salam
  • Pakej Salam Plus
  • Pakej Menara Jam
  • Pakej Safa
  • Pakej Firdaus


Suasana jemaah dengan khemah yang selesa.


Pakej ini bermula RM54,900 / 5pax sebilik
Anggaran perjalanan dalam pakej ini lebih kurang 40 hari.
Info penginapan :
MINA : Khemah Muassasah (Muassim)
MEKAH : Rayannah Hotel (+/- 400m dari Dataran Masjidil Haram)
MADINAH : Millenium Al-Aqeeq (+/- 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)


Pakej ini bermula dari RM58,000 / 5pax sebilik
Anggaran perjalanan dalam pakej ini lebih kurang 40 ke 45 hari.
Info penginapan :
AZIZIYA : V12 Al-Arabia Hotel (Bilik Berempat) & Khemah Muassasa
(Jarak ke Dataran Mina +/- 670m)
MEKAH : Maysan Al-Mashaer (+/- 430 dari Dataran Masjid Al-Haram)
MADINAH : Worth Peninsula (+/- 300m dari Dataran Masjid Nabawi)


Anggaran perjalanan dalam pakej ini lebih kurang 40 hari.
Pakej ini bermula dari RM75,900 / 4pax sebilik
Info penginapan :
AZIZIYAH : Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah
(Jarak ke Dataran Mina +/- 400-500m)
MEKAH : Movenpick Hajar (+/- 50m dari Dataran Masjidil Haram)
MADINAH : Millenium Al-Aqeeq (+/- 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)


Anggaran perjalanan dalam pakej ini lebih kurang 20 hari.
Pakej ini bermula dari RM115,00 / 4pax sebilik
Info penginapan :
AZIZIYAH : Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah
(Jarak ke Dataran Mina +/- 400-500m)
MEKAH : Marwa Rayhaan Rotana (+/- 50m dari Dataran Masjidil Haram)
MADINAH : Millenium Al-Aqeeq (+/- 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)


Anggaran perjalanan dalam pakej ini lebih kurang 18 hari.
Pakej ini bermula dari RM115,000 / 2pax sebilik
Info penginapan :
AZIZIYAH : Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah
(Jarak ke Dataran Mina +/- 400-500m)
MEKAH : Dar Tawhid Intercont. (+/- 10m dari Dataran Masjidil Haram)
MADINAH : Oberoi Medina (+/- 10m dari Dataran Masjidil Nabawi)


Sebahagian barisan mutawif yang profesional dan mempunyai 5 hingga 25 tahun pengalaman.


MKM Ticketing Travel & Tours menggunakan sistem berkomputer sepenuhnya seperti ABACUS yang semua tempahan khususnya tiket penerbangan domestik dan ke luar negara dapat dilakukan dengan segera dan mudah. Jadi kepada bakal-bakal jemaah haji yang ingin memilih pakej haji swasta, boleh terus klik website yang SS nyatakan di hujung entri ini. Hanya satu klik, anda terus boleh buat tempahan. Jadi, apa tunggu lagi?.

Kita boleh pilih ikut kesesuaian peruntukan kewangan dan masa kita. Jarak ke tempat-tempat ibadah juga memainkan peranan penting dalam perlaksanaan ibadah haji kita. Jadi, buatlah pilihan yang bijak asalkan niat dan motif haji kita berjalan dengan lancar dan mudah.

Kenal tak siapa tu? 

SS faham bukan senang mengendalikan kontigen jemaah yang ramai untuk menjalani ibadah haji. Namun MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd merupakan salah satu agen yang cekap berdasarkan 98.5% jemaah yang berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Alif Satar dan Faizal Tahir merupakan antara rakan artis dan pempengaruh tanahair yang kita semua sedia maklum mengenai gerakkan dakwah mereka dan mereka juga tidak terkecuali menggunakan perkhidmatan oleh MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd ini tau!. SS percaya pengalaman MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd selama lebih 13 tahun dan telah menguruskan lebih 100,000 orang jemaah. Masya-Allah, hebat bukan? Mana tidaknya, mereka mempunyai barisan pengurusan haji yang berpengalaman 5 hingga 25 pengalaman. Sudah tentu MKM Travel merupakan agen yang diyakini.


Sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi MKM Ticketing Travel & Tours melalui :
Laman Web : http://www.mkm.my/
Emel : haji@mkm.my
Telefon : 
03-7831 6740 / 
03-7831 3740 / 
019-700 0079

Ataupun lebih mudah dengan memuatturun aplikasi SMART MKM di telefon pintar kita untuk mendapatkan info hanya di hujung jari. 



SS doakan semoga Allah izinkan kita semua untuk menjejak kaki ke tanah suci melengkapkan rukun Islam kelima ni. Amiin. 


Comments

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.