Alhamdulillah, pertama kali sertai kelas tadabbur November lepas. Jumpa pengumuman di Thread. Kemudian sertai Whatsapp group. Pengasasnya adalah Fatin Suhana seorang blogger suatu ketika dulu. Sekarang, beliau dah buka butik dan kelas tadabbur juga diadakan di butiknya. Tercetus untuk beliau untuk kongsi rezeki ilmu ini namun kawasan butiknya tidak cukup besar untuk adakan kelas yang lebih besar maka setelah berbincang dengan suami dan keluarganya beliau dapat kerjasama dengan Madrasah Al-Jaffar. Tapi tempat terhad, kalau tak silap SS dalam 150 orang sahaja. Kena isi Google Form. Mereka ada umum dalam group tapi kebiasaannya SS akan buka group bila lapang.
Sekali SS buka pautan Google Form, dah penuh. Terkilan juga rasa hati. Rupanya battle juga nak masuk kelas tadabbur ni ye. Tapi SS gagal untuk isi lebih awal. Dah semangat nak sertai sebenarnya. Siap tanda di kalendar untuk pastikan tak ada siapa yang ganggu SS pada hujung November itu. Bila dah gagal battle, maka pujuklah diri yang ini mungkin belum rezeki SS lagi. Asbab juga rajin respon di status Sahabat Tadabbur Kuantan dengan mendoakan Allah permudah urusan mereka, admin bagitau ada yang tarik diri dan minta SS direct message (DM) mereka. Tak sempat SS like komen admin, SS terus pecut DM mereka. Tapi admin tak balas dengan segera. SS anggap ramai yang pulun DM ni. SS dah redha dah. Berniat juga laa kalau ada rezeki yang tarik diri tu, harap Allah dapat bagi peluang kepada SS. Alhamdulillah, akhirnya admin balas.
Alhamdulillah, pertama kali sertai kelas tadabbur perdana di Madrasah Al-Jaffar suami SS hantarkan. Seronok dapat jumpa kawan-kawan baru, seronok dengar ustazah Hazimin punya penyampaian yang sangat menyentuh hati. Majlis berlangsung selama 2 jam tidak dirasai. MasyaAllah. Cepat betul masa berlalu. Paling SS seronok SS dapat jumpa sahabat lama SS, Aisya Yusuf. Kami pernah bekerja sebumbung dulu. Berkali-kali cadang nak jumpa, akhirnya perancangan Allah itu Maha Hebat, kami berjumpa di majlis ilmu penuh berkat ini.
Imah, kenalan baru
Keluarga pemilik Madrasah Al-Jaffar.
Seronok juga perkongsiannya macam mana beliau dan keluarga memanfaatkan tanah milik arwah atuknya untuk tujuan majis-majlis ilmu begini.
Nota tadabbur.
Salah satu perkongsian dari ustazah yang sangat terkesan dihati SS adalah perumpamaan dari Rasullullah tentang jarak kehidupan kita di dunia dan akhirat.
Rasulullah SAW melukis dipasir yang menunjukkan kehidupan kita (Seperti gambar di atas). Hidup kita ni penuh dengan impian/angan-angan namun semua itu belum tentu kita akan dapat kerana kehidupan kita di dunia ini sangat terhad. Kita tak tahu di mana pengakhiran kita. Lama mana kita akan hidup?. Impian dan angan-angan itu adalah di dunia. Kita nak rumah, nak kereta, nak perniagaan bagus, keluarga bahagia, itu semua adalah hal-hal di dunia. Halangan-halangan seperti dalam gambar di atas membawa maksud rintangan dan ujian-ujian yang kita hadapi yang pada penghujungnya, ajal yang tiba lebih awal berbanding segala impian yang belum menjadi nyata. Jarak untuk berangan-angan itu tak wujud kerana ajal sentiasa menjengah. Allahu.
Sedikit perkongsian daripada dari SS untuk semua melalui ceramah ustazah Hazimin ini. Ustazah kerap sebut "Planning for akhirat". Dunia ini sifatnya sementara. Kita asyik berfikir, sampai serabut-serabut siang malam, tapi serabut tu tentang dunia atau tentang akhirat? Tanya diri kita sendiri, SEKARANG!
Kerana itu, angan-angan tak wujud. Kita cari pengasuh anak yang baik, sekolah yang bagus-bagus, tuisyen yang hebat-hebat untuk anak, tapi tanya pada diri ini semua untuk dunia atau untuk akhirat?
Al-Quran penyelamat kita saat Allah ambil nyawa kita.
Jangan tinggalkan Al-Quran...
Heret ahli keluarga masuk syurga...
Jangan kita nak masuk syurga seorang saja...
Cantik kan? SS tak sempat grab, dah habis...
Apa pun jari jemari yang menaip dalam blog SS ini adalah untuk peringatan kepada diri SS sendiri dan ingin mengajak ke arah kebaikan. InsyaAllah.
Comments
Post a Comment