Skip to main content

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMPSA 1446H.


Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMPSA 1446H kali ni kami mengenakan tema 'blackpink'. Sebenarnya tak beli tak beli baju baru pun. Masing-masing sibuk dengan tugasan hakiki dan gelanggang. Maklumlah kami di Pusat Sukan & Kebudayaan. 

Kain songket tu dari Bahagian Kebudayaan. Biasanya penari yang guna untuk persembahan. Lelaki baju Melayu hitam, majoriti dah sedia ada. Jadi kami yang perempuan ni pakailah baju hitam kepunyaan masing-masing. SS pun tak berhajat nak beli baru, tu yang berjalur-jalur. Tudung pula SS mmg dah sedia ada. Siap tolong tempahkan untuk kawan-kawan sebab semua sepakat nak warna tu. Tudung bawal Minaz. SS jarang pakai tudung bawal, tapi okay saja untuk seragam. 

Apa pun SS rasa kagum dengan kontigen yang johan perarakan setiap tahun tu. Jabatan Bendahari. Memang mereka gigih dan sepakat buat yang terbaik walaupun sekadar perarakan. Tidak dinafikan jabatan yang paling ramai mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menang asalkan tetap sepakat walaupun ringkas tetapi kemas. Bukan mudah nak dapat kesepakatan tu sebenarnya. 

Walaubagaimana pun, kita perlu tahu Dan niat apa tujuan perarakan Maulidur Rasul. Tujuan utama adalah untuk memperingati kelahiran baginda Nabi Muhammad SAW serta meraikan sumbangan baginda kepada umat Islam. 

Antara tujuan perarakan adalah :
1. Menghayati Ajaran Nabi Muhammad.
-mengingatkan umat tentang ajaran dan tauladan baginda dalam kehidupan seharian.

2. Mengeratkan Ukhwah 
-Menggalakkan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat melalui aktiviti berkumpulan.

3. Menyebarkan Dakwah
-Menyampaikan mesej dakwah dan nilai-nilai murni Islam kepada masyarakat umum.

4.Menunjukkan Rasa Cinta Kepada Baginda.
-salah satu tanda sebuah penghormatan kita kepada Nabi Muhammad sebagai urusan Allah.

Perarakan sering disertai dengan bacaan selawat,ceramah dan aktiviti kesenian Islam.

Kami berlapan wanita perkasa Pusat Sukan dan Kebudayaan. 
1 orang Bahagian Kebudayaan (SS laa tu), 4 orang Bahagian Sukan dan 3 orang Bahagian Pengurusan. 

Cantikkan masjid kami?


Bergambar hadapan masjid. Susah tau nak dapat berkumpul satu jabatan begini. Kami dari dua kampus, jadi bila berkumpul macam ni, memang seronok. Ukhwah semakin rapat. Alhamdulillah.

Bersama Azwin, staff yang selalu sediakan berita untuk program-program berkaitan UMPSA. Kira macam wartawan la. Banyak jugak SS belajar dari dia. Cantik kan dia. Seorang ibu dan isteri perkasa.

Bergambar dalam masjid sambil dengar ceramah. 

Apa pun, ayuh kita terus hidupkan selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W setiap hari. Dah selawat ke hari ni? Ayuh. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍ

Allahumma Solli 'Ala Muhammadin Wa ' Ali Aali Muhammad

"Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya."


Comments

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak mata,

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu kerana engkau kurang mencium & memeluknya.  13. Jika anakmu tidak mematuhimu , itu kerana engkau menuntut terla

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.